Monday 31 October 2011

Unit 3 Falsafah Penddidikan Guru (FPG): pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan

1.Guru sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan FPK.
2. Falsafah Pendidikan Guru sebagai panduan untuk membentuk profesionalisme keguruan di Malaysia.
3. Perguruan ialah proses seseorang menjadi guru atau proses menyediakan guru.
4. Keguruan perkara yang berkaitan kerja guru.
5. Kemahiran mengajar, ciri-ciri professional dan iklim bilik darjah merupakan jenis ilmu pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru.
6. Proses pembinaan dan perkembangan profesionalisme keguruan (rujuk rajah m/s37) bermula daripada: a. pra perkhidmatan ~ mengikuti kursus ikhtisas ( kemahiran, sikap dan pengetahuan ), akedemik ( isi  
kandungan matan pelajaran ), perkembangan diri( sukan, kokurikulum dan kemahiran bersosial )
b. latihan/kursus dalam perkhidmatan ~ disediakan kepada guru supaya meningkatkan, memantapkan dan
pembaharuan pengetahuan dan kemahiran guru.
c. pendidikan berterusan ~ guru melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi demi meningkatkan ilmu dan profesionalisme keguruan.
7. Kandungan yang membentuk FPG :
  a. berpekerti mulia ~ mengutamakan kepentingan orang lain dahulu
  b. berpandangan progresif dan saintifik ~ berfikiran positif, inovatif dan kreatif
  c. menghayati aspirasi negara ~ membantu mencapai hasrat dan matlamat negara
  d. menyanjung warisan kedudayaan negara ~ menjadi role model yang boleh diteladan
  e. menjamin perkembangan individu ~ memperkembangkan potensi individu dari segi JERI
  f. memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu ~ menekankan unsur perpaduan
  g. memelihara suatu masyarakat yang demokratik ~ kelakuan adil dan saksama
  h. memelihara suatu masyarakat yang progresif ~ membentuk murid yang berdaya cipta, progresif dan saintifik
  i. memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin ~ memastikan nilai etika dan peraturan dipatuhi oleh
murid untuk menjamin masyarakat yang aman damai, selamat dan bebas daripada ancaman
8. Model konseptual pendidikan guru ( MKPG) (m/s40) merangkumi:
  a. Dimensi Pendidikan Guru iaitu ketuhanan ( kepercayaan dan agama yang dipegang ), kemasyarakatan ( tugas dan tanggungjawab guru ) dan kendiri ( pembentukan sahsiah diri yang baik )
  b. Komponen Pendidikan Guru iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  c. Perkembangan potensi guru dari segi JERI.
9. Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan piawaian yang membantu dan menggariskan kompetensi professional yang harus dicapai oleh guru.
10. 3 aspek yang menjamin guru yang berkualiti dalam SGM:
   ~ Amalan nilai profesionalisme keguruan
   ~ Pengetahuan dan kefahaman
   ~ Kemahiran pengajaran dan pembelajaran
11. Rasional SGM:
   a. mempunyai amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran P&P.
   b. keperluan jelas dan lengkap, jamainan kualiti proses P&P.
   c. melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru.
   d. menggariskan kriteria dan standard am guru.
12. Tujuan SGM:
   a. guru dapat mencapai tahap kompetensi professional.
   b. garis panduan untuk agensi dan institusi latihan perguruan menyedia dan melaksanakan keperluan
latihan.
   c. penambahbaikan dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru.
13. Prinsip SGM:
   a. pernyataan standard dan keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil dan realistik.
   b. digubal berasaskan kajian dan penandaarasan.
   c. proses penggubalan secara kolaboratif, telus, terbuka dan bersetujuan bersama pihak-pihak
berkepentingan.
14. SGM digunakan oleh pihak guru, pendidikan guru di institusi latihan perguruan, pengurus dan
pentadbir institusi latihan perguruan, guru besar dan pengetua sekolah serta agensi latihan perguruan.
15. SGM mengandungi 3 komponen utama ( m/s45) yang menjamin kualiti guru antaranya:
   A. Komponen 1: Asas Penentuan Standard dan Keperluan
     ~ dirangka berdasarkan Misi Nasional, FPK, FPG, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran.
   B. Komponen 2: Standard(S) ~ amalan dan nilai yang patut dicapai oleh guru
     S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan:
        Domain Diri ~ pegangan nilai guru iaitu kepercayaan kepada tuhan, amanah, ikhlas, berilmu dll
        Domain Profesion ~ telus dalam menjalankan tugas
        Domain Sosial ~ sebagai agen sosialisasi dan pembangunan modal insane.
     S2: Pengetahuan dan Kefahaman:
        ~ penguasaan ilmu dalam bidang pengkhususan, pendidikan, kurikulum, kokurikulum
     S3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran:
        ~ kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian P&P akedemik dan
kokurikulum.
   C. Komponen 3: Keperluan(K) ~ keperluan latihan perguruan seperti:
     ~ kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan
     ~ latihan, pentaksiran dan penilaian
     ~ kolaborasi
     ~ infrastruktur dan infostruktur
       Infrastruktur ~ melengkapkan kemudahan fizikal P&P
       Infostruktur ~ penggunaan komputer dalam P&P
     ~ jaminan kualiti
Unit 2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):Huraian Dan Penghayatan
Pengenalan : Falsafah Pndidikan merupakan panduan & hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara berdasarkan matlamat negara, dasar, Prinsip Rukun Negara
Maksud Falsafah : Mencintai kebijaksanaan @ kehikmahan
Definisi Falsafah : Usaha mengetahui segala yg ada berhubung dgn manusia & kehidupannya utk mencari hakikat kebenaran
Cabang Falsafah :
(1)   Metafizik~membincangkan perkara yg berkaitan alam, jiwa, roh & kehidupan,
(2)   Epistemologi~membincangkan ttg teori ilmu pengetahuan
(3)   Aksiologi~membincangkan perkara yg berkaitan dgn nilai
(4)   Logik~berkaitan dgn penaakulan manusia

Falsafah Umum Barat :
(1)   Idealisme~akal, jiwa dan kerohanian
(2)   Realisme~objek & jirim
(3)   Pragmatisme~pengalaman
(4)   Eksistensialisme~kebebasan individu

Falsafah Pendidikan Barat:
(1)   Perenialisme~mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban
(2)   Esensialisme~menyampaikan warisan budaya & sejarah yg terkumpul & berkekalan
(3)   Progresivisme~ persekitaran dan masyarakat sbg faktor penting dlm pembentuk generasi
      masa hadapan
(4)   Rekonstuksionisme~memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat

Falsafah Islam : Penaakulan bijaksana utk memcari kebenaran dan kenbenaran perlu diamalkan

Falsafh Pendidikan Islam: Wajib, bukan setakat melatih akal ttp juga rohani,jasmani, tingkah laku
                              serta akhlak berasaskan nilai yg ditetapkan 

Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia:  Agenda perpaduan diutamakan bagi masyarakat majmuk, supaya rakyat dpt hidup dlm keadaan aman damai, tenteram & harmoni

Huraian Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
(1)   Pendidikan ialah satu usaha berterusan
(2)   Memperkembangkan lagi potensi individu 
(3)   Perkembangan potensi scr menyeluruh & bersepadu
(4)   Insan yg seimbang & harmonis
(5)   Kepercayaan & kepatuhan kpd Tuhan
(6)   Rakyat Malaysia yg berilmu pengetahuan
(7)   Rakyat Malaysia yg berakhlak mulia
(8)   Rakyat Malaysia yg bertanggungjawab
(9)   Rakyat Malaysia yg berketerampilan
(10)     Rakyat Malaysia yg berkeupayaan mencapai kesejateraan diri

**Kaedah: Definisi Falsafah, Cabang Falsafah, Falsafah Barat, Falsafah Islam, Falsafah Malaysia
             

Nota Ringkasan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Dan Dasar

Unit 1 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Ke Arah Pembangunan Insan Dan Negara
1.      Sebelum penjajahan inggeris, penduduk di Malaysia berlangsung secara tradisional, warisan keturunan, ajaran adat resam, budaya dan agama, tingkah laku, beradaban, nilai diberi penekanan pada masa itu.
2.      Pendidikan tidak format berlaku di rumah, surau, pondok dan masjid di masyarakat orang melayu.
3.      British melaksanakan pendidikan berdasarkan pecah dan perintah. Hala tuju pada masa itu bersifat kabur dan tidak tekan perpaduan antara kaum. Sekolar vernacular di perkenalkan berasaskan kumpulan etnik yang menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
4.      Sebelum kemerdekaan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 ditubuhkan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai dan mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri.
5.      Untuk memupuk perpaduan dan melahirkan tenaga manusia yang mencukupi di Malaysia, Akta Pelajaran 1961 telah digubal. Lantaran itu, pada tahun 1966 Akta Pendidikan 1996 digubal betrdasarkan Akta pelajaran 1961 untuk memperkukuhkan sistem pendidikan.
6.      Laporan Kabinet diperkenalkan pada tahun 1979 memberi penekanan kepada kemahiran 3M ( membaca, menulis dan mengira ), pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia.
7.      Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan merupakan dasar atau hala tuju dan panduan dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia supaya lebih mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan.
8.      Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara berdaya saing, semangat patriotisme, berilmu pengetahuan dan berkemahiran.
9.      Pendidikan bukan sahaja untuk membangunkan modal insane tetapi juga membangunkan negara.
10.   Pendidikan ke arah pembangunan insane adalah penekanan kepada pembentukan sahsiah individu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari aspek JERI, seterusnya membawa kearah penbangunan Negara.
11.   Pendidikan diharap untuk melahirkan modal insane iaitu keperluan tenaga pekerja yang cukup, berpengetahuan dan berkemahiran untuk memperkembangkan pembangunan Negara.

Sunday 16 October 2011

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN MBMMBI
1)Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan

2) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3) Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru

4) Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

5) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar

Monday 10 October 2011

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu:
  • Tradisional
  • Moden
Falsafah pendidikan barat tradisional

Menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme.
Perenialisme
  • Perennial bermaksud tidak berubah.
  • Definisi: Sesuatu yang tidak akan berubah.
Konsep
  • Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah.
Matlamat Pendidikan
  • Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa.
Tumpuan
  • Potensi dan rasional individu.
  • Lebih pasif.
  • Penekanan agama melebihi sains.
  • Melatih 3M.
  • Kemahiran mental, menaakul.
Essensialisme
Konsep
  • Menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa.
  • Bersifat praktikal dan pragmatik.
Matlamat pendidikan
  • Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya.
Tumpuan
  • Inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik.
  • Guru memainkan peranan utama.
  • Latihan intelek dan mental.
  • 3M diterapkan.
  • Nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan.

Friday 7 October 2011

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 1

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Nota
Menstruktur semula

Langkah 1

5 minit
Murid dapat mempelajari dan menyatakan nama bahagian-bahagian anggota badan
Contoh : mata
Telinga, hidung, mulut, kaki, tangan

Murid-murid tahu membaca perkataan bahagian tubuh badan.

Murid murid tahu kedudukan bahagian-bahagian tubuh badan
1. Guru mengarahkan seorang murid ke hadapan.

2. Guru menyoal murid-murid :
a) Murid-murid sila meneliti apakah yang terdapat pada tuduh badan murid ini?

3. Guru memberi respon kepada murid, contoh : ya, betul, bagus, lagi, syabas……

4. Semasa murid memberi jawapan yang diiginkan oleh guru, guru menampalkan gambar bahagian-bahagian badan yang berlabel nama bahagian-bahagian tubuh badan.

5. Guru menjelaskan kepada murid yentang pembelajaran hari ini :
~ Betul, jawapan kamu semua tepat sekai, hari ini kita akan belajari Bahagian-bahagian tubuh badan.

6. Guru meminta muri-murid membaca nama bahagian-bahagian tubuh badan sambil menunjukkan bahagian-bahagian tubuh badan.
~ Baiklah, murid-murid sekarang kamu membaca nama bahagian tubuh badan dan sambil menunjukkan bahagian-bahagian tubuh badan.
1. Seorang murid diarah berdiri di hadapan bilik darjah.

2. Murid yang lain diminta memerhati badan murid tersebut.

3. Murid menjawab soalan guru.

4. Jawapan dikemukakan oleh murid mungkin terdiri daripada :
1. baju
2. telinga
3. mulut
4. rambut
5. kaki
6. tangan
7. kasut
8. seluar
9. mata
10. hidung

5. Murid membuat ikut arahan guru iaitu  membaca nama bahagian tubuh badan sambil menunjukkan bahagian tersebut. Contohnya, murid membaca mata, maka jarinya tunjuk kepada mata.
Strategi/
Teknik :

Penyoalan
Seluruh kelas

BBM :
Gambar bahagian-
bahagian
tubuh badan
merangkumi:
1.mata
2.telinga
3.mulut
4.kaki
5.tangan
6.hidung

Gambar bahagian-
Bahagian
Tubuh badan yang berlabel nama bahagian tubuh badan
Langkah 2

10 minit
1. Aktiviti dalam kumpulan untuk menghasilkan tugasan yang diberikan.

2. Pembentangan murid berdasarkan hasil tugasan.

3. Guru dan murid bersama-sama membuat penilaian pada hasil tugasan kumpulan masing-masing.
1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang pelajar.

2. Guru mengedarkan sampul yang mengandungi gambar bahagian muka kepada setiap murid.

3. Guru memberi arahan kepada murid :
a. Murid-murid, sekarang kamu telah mempunyai kumpulan masing-masing, dalam kumpulan kamu dikehendaki menampal bahagian-bahagian muka pada lakaran muka dan menulis nama bahagian-bahagian tubuh badan.
b. Kamu diberi masa 3 minit menyiapkan hasil tugasan dalam kumpulan.
c. Menghantar seorang wakil kumpulan untuk pembentangan hasil tugasan.

4. Guru membimbing murid menyelesaikan tugasan

5. Guru meminta murid membentangkan hasil tugasa mereka.
~ Baiklah murid-murid, sila hantar seorang wakil kumpulan bentangkan hasil tugasan kumpulan.
~ Murid-murid lain diminta menumpukan perhatian dan menilai.

1. Murid-murid masuk kumpulan yang telah ditetapkan pada awalnya.

2. Murid-murid bekerjasama dalam kumpulan dan membuat bincangan menampalkan bahagian-bahagian muka pada lakaran muka dan menulis nama bahagian tubuh badan.

3. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk membentangkan hasil tugasan mereka.

4. Murid yang lain diminta mengambil perhatian dan menilai hasil tugasan kumpulan lain.
Strategi
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Perbincangan
Kumpulan diikuti
Pembentangan


Nilai murni :
1.Berkerjasama
2.Penglibatan
  Masa
3.Menghargai
  Masa
4.Bertimbang
  Rasa
5.Toleransi

Langkah 3

15 minit
1. Murid dapat menyatakan fungsi bahagian-bahagian tubuh badan iaitu
a. mata
~ melihat

b. kaki
~ berjalan
~ melompat
~ berlari

c.telinga         ~ mendengar

d. mulut
~ bertutur
~ makan
~ minum

e. tangan
~ menulis
~ menggambar
~ melukis

Murid mengetahui kepentingan funsi bahagian-bahagian tubuh badan

Murid bersyukur kepada tuhan
1. Guru menyuruh seorang murid kehadapan untuk membuat simulasi

2. Guru bagi arahan :
a. Cuba anda menutup mata dan berjalan-jalan di dalam kelas.
b. Anda dilarang membuka mata sehingga dipanggil
c. Murid yang lain sila ambil perhatian.

3. Guru bertanya soalan :
a. Murid ini dianggap sebagai?
b. Adakah murid ini berjalan dengan teratur?
c. Kenapa murid ini berjalan begini?
d.Murid-murid cuba bayangkan jika anda seperti murid ini, adakah anda akan berasa kecewa dalam kehidupan?Mengapa?

4. Guru bertanya lagi : jadi funsi mata ialah apa?

5.Guru membuat kesimpulan: fungsi mata adalah melihat , kita seharinya menjaga mata kita.

6. Guru mengarah murid-murid menutup telingan dengan tangan

7. Guru bertanya:
a. Telinga telah ditutup , apakah perasaan kamu?
b. Apakah kepentingan umtuk telinga?

8. Guru mengarah seorang murid berjalan,melompat dan berlari dengan perlahan-lahan
a. Tan, sila berlari, melompat dan berjalan di dalam kelas.

9. Guru memilih seorang murid menjawap soalan.
a. Hui Ling, apakah murid ini sedang buat?
b. Apakah bahagian-bahagian tubuh badan yang diguna untuk melaksanakan perbuatan semua ini?

10. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa fubsi kaki adalah berjalan, melompat dan berlari

11. Guru membimbing murid menyatakan funsi bahagian-bahagian tubuh badan yang lain seperti
a. tangan~ menulis, melukis…
b. mulut~ berttutur, makan, minum

12. Gurumembimbing murid menyatakan kepentingan funsi bahagian-bahagian anggota tubuh badan.

13. Guru membuat kesimpulan iaitu : harus bersyukur kepada tuhan kerana mencipta keistimewaan tubuh badan manusia

1. Murid yang dipanggil nama main peranan menutup mata ambil berjalan-jalan di dalam kelas.

2. Murid-murid lain dikehendaki menyaksi murid tersebut main peranan di dalam kelas.
3. Murid yang main peranan dalam bilik darjah mungkin berjalan dengan pelahan-lahan dan mungkin hampir terjatuh atau terlanggar meja daan kerusi kerana menutup mata.

4. Murid menjawap soalan : (kemungkinan jawapan)
a. orang mata, otang gila, sedang bermain.
b. tidak, ya
c. sengaja, tak nampak,buta mata
d. rasa kecewa sebab mata tak nampak

5. Murid menjawap :
a. melihat
b. menengok

6. Murid menjawap:
a. tidak dapat dengar dengan jelas
b. mendengar

8. Murid tersebut berlari, melompat dan berjalan dengan kaki.

9. Murid menjawap soalan :
a.~ berlari
 ~. melompat
 ~. berjalan
b. kaki

10. Murid menyatakan kepentingan fungsi bahagian-bahagian tubuh badan.

Strategik/
Teknik :
Simulasi
~main peranan
~berlakon

Penyoalan
Seluruh kelas


Aktiviti inkuiri


Nilai murni:
bersyukur