Sunday 4 December 2011

Membuat Coran dan Rekaan 2

Tahun: 1K
Bidang: Membuat corak dan rekaan
Aktiviti: Renjisan dan percikan
Tema: Alam semula jadi
Tajuk: Pembalut buku
Masa: 60 minit
Media: Alatan: berus gigi, palet dan daun
           Bahan: kertas lukisan, warna air, warna poster atau tempera
Bahan bantu mengajar: Contoh-contoh corak teknik percikan

STANDARD KANDUNGAN
1. Bahan seni visual yang terdapat pada alam ciptaan tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni
    ( unsur seni dan prinsip rekaan: warna, rupa, jalinan, kontra, ritma dan pergerakaan serta harmoni ).
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik
1. Guru mengeluarkan beberapa contoh corak teknik percikan dan renjisan dan menunjukkan kepada murid.
2. Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur jalinan, warna, rupa, kontra, ritma dan pergerakan, dan 
    harmoni.

Aplikasi Seni
1. Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik 
    percikan dan renjisan.
2. Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak teknik renjisan
   dan percikan.
3. Guru menunjukkan cara penghasilan corak renjisan dan percikan.

Ekspresi Kreatif 
1. Murid menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah- 
    langkah berikut:

Langkah 1

1. Bancuh cat air atau tempera dalam palet.














2. Buat bancuhan warna primer dan sekunder.














3. Sediakan sekeping kertas lukisan.
4. Sediakan motif seperti yang diinginkan ( daun ).

Langkah 2

1. Susun daun di atas kertas lukisan.








































Langkah 3

1. Sapukan warna pada berus gigi dan percikkan warna ke atas kertas dengan menggunakan sikat atau jari.


Langkah 4

1. Ualngi langkah 3 dengan menggunakan warna yang berbeza.



Langkah 5

1. Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan jemur hingga kering.


Apresiasi Seni
1. Murid mempamerkan hasil kerja.
2. Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.















No comments:

Post a Comment