Saturday 10 December 2011

Perahu Naga


Sebelum cuti akhir tahun saya telah mengarah murid-murid kelas saya membuat perahu naga. Aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan. Tujuan saya menjalankan aktiviti berkumpulan adalah kerana saya ingin membina kerjasama diantara murid-murid kelas saya. Di samping itu, perahu naga merupakan satu seni kebudayaan tradisional bagi orang cina, saya inginkan murid-murid kelas saya mengambil tahu kedudayaan tradisional ini supaya dapat diperkembangkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Sebelum memula pengajaran, saya telah menunjukkan gambar pertandingan perahu naga yang berlangsung di Hong Kong setiap tahun pada bulan May. Selain itu, saya juga menceritakan sejarah berkembangan perahu naga. Suasana pengajaran dijalankan amat lancar dan kelihatan murid-murid amat berminat dalam kumpulan aktiviti. 

Bahan-bahan yang diperlukan: telur, gunting, gam, magic pen, batang ais-krim, kotak telur, kepala dan ekor naga( boleh dilukis dan diwarnakan dahulu)

 Melukis kepala dan badan naga

Melukis dan mewarna ekor naga

 Menggunakan gunting menggunting bentuk naga

Menggunakan gam menggamkan gambar naga pada kotak telur

Melukis muka orang pada permukaan telur

Menghiaskan permukaan telur

Suasana aktiviti berkumpulan



Perahu naga yang belum sempurna


Cuba lihat hasil kerja murid-murid

No comments:

Post a Comment