Sunday, 25 December 2011

Membentuk dan Membuat Binaan ~ kenderaan

Murid tahun satu menghasilkan model kenderaan secara individu.
alatan dan bahan ~ gunting, kertas warna, gam, kotak, magic pen dan pensel

Murid meratakan gam dan membalut kotak menggunakan kertas warna


kotak siap dibalut oleh kertas warna


melekat dua kotak dengan menggunakan gam untuk membentuk model kereta


membuat tayar dan lekat dengan gam
 


 
model kereta telah siap


membuat kemasan secara kreatif dengan menggunakan marker pen

suasana bilik darjah


hasil kerja murid-murid

Sunday, 11 December 2011

Apakah Benda Ini?

Cuba teka apakah benda ini?

berbezaan selepas dan sebelum warna


bahan ini dibeli oleh Guru Besar, manakala murid hanya memasang benda ini berpandukan kertas panduan.

Lihat, murid-murid sedang memasang hasil kerja sendiri. Ada juga murid meminta bantuan daripada rakan-rakannya.






Dah tahu apakah benda ini? ?   Jawapannya rujuk gambar di bawah

Mengenal Kraf Tradisional

Tahun: 1K
Bidang: Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti: Wau-Mewarna
Tema: Alam Benda
Tajuk: Wau Bulan
Masa: 60 minit
Media: Alatan: Gambar wau
           Bahan: lakaran wau pada kertas A4, krayon, pastel atau pensel warna


Standard Kandungan
1. Persepsi dan pemahanan bahasa seni visual ( unsur seni dan prinsip rekaan: garisan, rupa, jalinan, warna,  kontra dan imbangan ).
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran
Persepsi Estetik
1. Menyanyikan lagu " wau bulan ".
    Ala ewah ewah bule,
    Wau bule teraju tigo,
    Mari sini kawe-kawe,
   Buat wau bersamo-samo.

Aplikasi Seni
1. Menunjukkan gambar wau. Rujuk gambar di bawah.

2. Bersoal jawab tentang:
    Unsur seni ~ garisan, rupa, warna dan jalinan.
    Prinsip Rekaan ~ kontra ( warna ) dan imbangan ( simetri ).
3. Menyusun proses penghasilan bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja.

Ekspresi Kreatif
Langkah 1
1. Guru melukis beberapa bentuk wau tradisional di papan hitam.
2. Murid-murid merujuk lukisan wau di papan hitam.

                                 Gambar dibawah menunjukkan murid-murid sedang melukis wau

cuba lihat lukisan wau murid tahun 1



  Langkah 2
1. Mewarna lakaran corak dengan pensel warna, pastel atau krayon.



Langkah 3
1. Membuat kemasan.

Apresiasi Seni
1. Mepamerkan hasil kerja dan bercerita mengenainya.
    Contoh: Wau terkenal di pantai timur terutama di Kelantan. Biasanya dimainkan selepas musim menuai 
                  padi. Wau yang dipasang busur akan mengeluarkan bunyi.
2. Mempamerkan karya seni murid-murid.