Sunday, 4 December 2011

Membuat Corak dan Rekaan 1

Tahun: 1K
Bidang: Membuat coran dan rekaan
Aktiviti: Capan
Tema: Alam semula jadi
Tajuk: Hiasan tabung
 Masa: 60 minit
Media: Alatan: berus, palet dan daun
           Bahan: kertas lukisan, warna air, warna poster atau tempera
Bahan bantu mengajar: Contoh-contoh corak teknik capan

STANDARD KANDUNGAN

1. Bahan seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni
    ( unsur seni dan prinsip rekaan: rupa, warna, jalinan, harmoni dan kesatuan ).
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik
1. Guru menunjukkan kepada murid contoh-contoh karya corak teknik capan kepada murid.
2. Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan seperti jalinan, rupa,
    warna, harmoni dan kesatuan.

Aplikasi Seni
1. Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti
    corak teknik capan.
2. Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak
    telnik capan.

Ekspresi Kreatif
1. Murid menghasilkan corak teknik capan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah
    berikut:

 Langkah 1

1. Sediakan sekeping kertas lukisan,warna air, jenis daun.


2. Bancuhkan warna yang hendak digunakan.

Langkah 2

1. Sapukan warna yang telah dibancuhkan ke atas permukaan daun.

2. Capkan daun yang telah diwarnakan dengan menekankannya pada kertas lukisan.

Langkah 3

1. Ulangi langkah 2 menggunakan warna yang berlainan.

2. Capkan secara bertindih sehingga memenuhi ruangan.

3. Capkan daun yang telah diwarnakan itu pada kertas lukisan secara tindih bertindah sehingga memenuhi ruang.

Langkah 4

1. Setelah karya siap dan keringkan hasilan tersebut di bawah kipas atau dibawah sinaran cahaya matahari.





Apresiasi Seni
1. Murid mempamer dan bercerita tentang hasil kerja sendiri.
   

No comments:

Post a Comment