Monday, 31 October 2011

Unit 3 Falsafah Penddidikan Guru (FPG): pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan

1.Guru sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan FPK.
2. Falsafah Pendidikan Guru sebagai panduan untuk membentuk profesionalisme keguruan di Malaysia.
3. Perguruan ialah proses seseorang menjadi guru atau proses menyediakan guru.
4. Keguruan perkara yang berkaitan kerja guru.
5. Kemahiran mengajar, ciri-ciri professional dan iklim bilik darjah merupakan jenis ilmu pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru.
6. Proses pembinaan dan perkembangan profesionalisme keguruan (rujuk rajah m/s37) bermula daripada: a. pra perkhidmatan ~ mengikuti kursus ikhtisas ( kemahiran, sikap dan pengetahuan ), akedemik ( isi  
kandungan matan pelajaran ), perkembangan diri( sukan, kokurikulum dan kemahiran bersosial )
b. latihan/kursus dalam perkhidmatan ~ disediakan kepada guru supaya meningkatkan, memantapkan dan
pembaharuan pengetahuan dan kemahiran guru.
c. pendidikan berterusan ~ guru melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi demi meningkatkan ilmu dan profesionalisme keguruan.
7. Kandungan yang membentuk FPG :
  a. berpekerti mulia ~ mengutamakan kepentingan orang lain dahulu
  b. berpandangan progresif dan saintifik ~ berfikiran positif, inovatif dan kreatif
  c. menghayati aspirasi negara ~ membantu mencapai hasrat dan matlamat negara
  d. menyanjung warisan kedudayaan negara ~ menjadi role model yang boleh diteladan
  e. menjamin perkembangan individu ~ memperkembangkan potensi individu dari segi JERI
  f. memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu ~ menekankan unsur perpaduan
  g. memelihara suatu masyarakat yang demokratik ~ kelakuan adil dan saksama
  h. memelihara suatu masyarakat yang progresif ~ membentuk murid yang berdaya cipta, progresif dan saintifik
  i. memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin ~ memastikan nilai etika dan peraturan dipatuhi oleh
murid untuk menjamin masyarakat yang aman damai, selamat dan bebas daripada ancaman
8. Model konseptual pendidikan guru ( MKPG) (m/s40) merangkumi:
  a. Dimensi Pendidikan Guru iaitu ketuhanan ( kepercayaan dan agama yang dipegang ), kemasyarakatan ( tugas dan tanggungjawab guru ) dan kendiri ( pembentukan sahsiah diri yang baik )
  b. Komponen Pendidikan Guru iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  c. Perkembangan potensi guru dari segi JERI.
9. Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan piawaian yang membantu dan menggariskan kompetensi professional yang harus dicapai oleh guru.
10. 3 aspek yang menjamin guru yang berkualiti dalam SGM:
   ~ Amalan nilai profesionalisme keguruan
   ~ Pengetahuan dan kefahaman
   ~ Kemahiran pengajaran dan pembelajaran
11. Rasional SGM:
   a. mempunyai amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran P&P.
   b. keperluan jelas dan lengkap, jamainan kualiti proses P&P.
   c. melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru.
   d. menggariskan kriteria dan standard am guru.
12. Tujuan SGM:
   a. guru dapat mencapai tahap kompetensi professional.
   b. garis panduan untuk agensi dan institusi latihan perguruan menyedia dan melaksanakan keperluan
latihan.
   c. penambahbaikan dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru.
13. Prinsip SGM:
   a. pernyataan standard dan keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil dan realistik.
   b. digubal berasaskan kajian dan penandaarasan.
   c. proses penggubalan secara kolaboratif, telus, terbuka dan bersetujuan bersama pihak-pihak
berkepentingan.
14. SGM digunakan oleh pihak guru, pendidikan guru di institusi latihan perguruan, pengurus dan
pentadbir institusi latihan perguruan, guru besar dan pengetua sekolah serta agensi latihan perguruan.
15. SGM mengandungi 3 komponen utama ( m/s45) yang menjamin kualiti guru antaranya:
   A. Komponen 1: Asas Penentuan Standard dan Keperluan
     ~ dirangka berdasarkan Misi Nasional, FPK, FPG, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran.
   B. Komponen 2: Standard(S) ~ amalan dan nilai yang patut dicapai oleh guru
     S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan:
        Domain Diri ~ pegangan nilai guru iaitu kepercayaan kepada tuhan, amanah, ikhlas, berilmu dll
        Domain Profesion ~ telus dalam menjalankan tugas
        Domain Sosial ~ sebagai agen sosialisasi dan pembangunan modal insane.
     S2: Pengetahuan dan Kefahaman:
        ~ penguasaan ilmu dalam bidang pengkhususan, pendidikan, kurikulum, kokurikulum
     S3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran:
        ~ kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian P&P akedemik dan
kokurikulum.
   C. Komponen 3: Keperluan(K) ~ keperluan latihan perguruan seperti:
     ~ kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan
     ~ latihan, pentaksiran dan penilaian
     ~ kolaborasi
     ~ infrastruktur dan infostruktur
       Infrastruktur ~ melengkapkan kemudahan fizikal P&P
       Infostruktur ~ penggunaan komputer dalam P&P
     ~ jaminan kualiti

No comments:

Post a Comment