Monday 31 October 2011

Nota Ringkasan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Dan Dasar

Unit 1 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Ke Arah Pembangunan Insan Dan Negara
1.      Sebelum penjajahan inggeris, penduduk di Malaysia berlangsung secara tradisional, warisan keturunan, ajaran adat resam, budaya dan agama, tingkah laku, beradaban, nilai diberi penekanan pada masa itu.
2.      Pendidikan tidak format berlaku di rumah, surau, pondok dan masjid di masyarakat orang melayu.
3.      British melaksanakan pendidikan berdasarkan pecah dan perintah. Hala tuju pada masa itu bersifat kabur dan tidak tekan perpaduan antara kaum. Sekolar vernacular di perkenalkan berasaskan kumpulan etnik yang menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
4.      Sebelum kemerdekaan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 ditubuhkan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai dan mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri.
5.      Untuk memupuk perpaduan dan melahirkan tenaga manusia yang mencukupi di Malaysia, Akta Pelajaran 1961 telah digubal. Lantaran itu, pada tahun 1966 Akta Pendidikan 1996 digubal betrdasarkan Akta pelajaran 1961 untuk memperkukuhkan sistem pendidikan.
6.      Laporan Kabinet diperkenalkan pada tahun 1979 memberi penekanan kepada kemahiran 3M ( membaca, menulis dan mengira ), pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia.
7.      Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan merupakan dasar atau hala tuju dan panduan dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia supaya lebih mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan.
8.      Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara berdaya saing, semangat patriotisme, berilmu pengetahuan dan berkemahiran.
9.      Pendidikan bukan sahaja untuk membangunkan modal insane tetapi juga membangunkan negara.
10.   Pendidikan ke arah pembangunan insane adalah penekanan kepada pembentukan sahsiah individu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari aspek JERI, seterusnya membawa kearah penbangunan Negara.
11.   Pendidikan diharap untuk melahirkan modal insane iaitu keperluan tenaga pekerja yang cukup, berpengetahuan dan berkemahiran untuk memperkembangkan pembangunan Negara.

1 comment: