Tuesday, 8 November 2011

Unit 7  Reka Bentuk kurikulum di Malaysia
Kurikulum kebangsaan membolehkan semua murid mendapat ilmu, nilai dan budaya. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memastikan kurikulum yang telah dibentuk dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah dan murid-murid. Selain daripada itu, guru juga memainkan peranan dalam perkembangan kurikulum iaitu guru sebagai perancang, pelaksana dan penilai. Tugas pendidik adalah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-kesan positif dari kurikulum tersembunyi. Dalam proses merancang pengajaran termasuk kurikulum, silibus, rancangan kerja dan rancangan pengajaran.
Perkembangan kurikulum melibatkan 3 proses utama iaitu objektif pembelajaran , kandungan, penyusunan pengalaman dan penilaian. Mengikut prinsip dan model Tyler terdapat 4 langkah berikut: objektif – kandungan- kaedah dan penilaian. Prinsip penyusunan kandungan dalam reka bentuk kurikulum Tyler bertujuan menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk ini, prinsip berikut dicadangkan iaitu prinsip kesinambungan kandungan, ketertiban (turutan) kandungan dan kesepaduan kandungan. Kemudian dua prinsip lagi ditambah iaitu prinsip litupan (skop)kandungan dan imbangan kandungan. Seterusnya penilaian dibahagi kepada penilaian formatif (berterusan) dan sumatif (peringkat akhir sahaja).Kelemahan model Tyler adalah terlalu tertakluk kepada objektif, terlalu linear dan terlalu terbuka
Pengkelasan reka bentuk kurikulum berpusatkan akademik, pelajar dan masalah. Pengaruh perspektif terhadap ilmu reka bentuk kurikulum terdapat dua jenis iaitu, perspektif objektivis dan konstruktivis. Dua aliran yang kuat dan berbeza tentang pengajaran dan pembelajaran. Aliran objektivis  melihat ilmu sebagai satu produk dan guru sebagai penyampai manakala aliran konstruktivis pula melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah pemudahcaranya. Kedua-dua aliran ini menghasilkan output yang berbeza.

No comments:

Post a Comment