Wednesday, 30 November 2011

Menghasil Lukisan Poster

Setelah tamat menduduki UPSR dan juga telah menghabiskan sukatan pengajaran, saya telah mengajar murid-murid kelas saya untuk menghasilkan poster supaya mengisi masa lapang murid-murid. Masa menghasil poster hanya sejam tetapi murid-murid dapat menghasilkannya.Contoh lukisan poster diberikan oleh saya kepada murid-murid sebagai rujukan. Tajuk poster mengenai kebersihan sesuatu kawasan atau tempat misalnya, tandas, perpustakaan, kantin, taman bunga dan sebagainya. Hasil kerja murid yang terbaik akan digunakan oleh saya untuk menampal di kawasan papan tanda sekolah pada tahun depan.

1. Bahan yang diperlukan: kertas A4 dan pensel warna.
 








2. Murid-murid menghasilkan poster sendiri.

3. Hasil poster murid yang belum berwarna.





4. Mewarnakan lukisan poster.









5. Hasil lukisan poster murid.


Membentuk Dan Membuat Binaan

Tahun: 1K
Bidang: Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti: Origami
Tema: Alam Benda
Tajuk: Baju Kemeja
Masa: 1jam
Media: Alatan: Tiada
           Bahan: kertas A4, gam, magic pen dan pensel warna
Bahan Bantu Mengajar: Contoh origami baju yang sedia ada

Standard Pembelajaran

Persepsi Ekstetik
1. Guru menunjukkan beberapa contoh baju sebenar dan contoh origami baju.
2. Mutid-murid melihat dan mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat pada baju sebenar dengan   
    origami baju.
3. Guru menerangkan unsur bentuk, warna dan rupa.
4. Guru menerangkan unsur bentuk, warna dan rupa dalam penghasilan origami baju.

Aplikasi Seni
1. Guru menunjuk cara membuat origami baju.
2. Murid menyatakan bahagian-bahagian baju yang terdapat pada origami.
3. Murid diminta mengeluarkan kertas yang akan digunakan untuk menghasilkan origami.

gambar di atas menunjukkan guru sedang menunjukkan cara membuat origami baju.

Ekspresi Kreatif
1. Murid menghasilkan origami baju dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut:

Langkah 1
~ menyediakan kertas A4.

Langkah 2
~ Lipat dua kertas secara menegak ( bahagian A ke Bahagian C ) untuk mendapatkan bahagian tengah kertas.

  A                                        B                                      C






~ Buka semula lipatan tersebut. Lipatkan bahagian ke bahagian B, seterusnya bahagian A ke bahagian B.
   Rujuk gambar di bawah.
Langkah 3
~ Lipat hujung bahagian C secara menyerong ke luar bagi penghasilan lengan baju. ( rujuk gambar di 
   bawah ). Ulangi langkah yang sama untuk bahagian A.


Langkah 4
~ Hujung bawah kertas dilipat ke belakang ( 2 cm ).
~ Hujung bawah kertas bahagian A dilipat menyerong ke bahagian B untuk menghasilkan kolar baju.
    Ulangi langkah yang sama untuk bahagian C.

Langkah 5  
~ Setelah menghasil kolar baju, seterusnya kertas dilipat ke tengah untuk membentuk sehelai baju.


Langkah 6
~ Bahagian bawah kertas dimasukkan dibawah bahagian kolar baju.

 













~ Akhirnya, sehelai origami baju sejuk terbentuk.


Langkah 7
~ Hasilkan corak pada bahagian hadapan origami baju.
~ Membuat kemasan pada origami baju yang dihasilkan.


Apresiasi Seni
1. Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan origami baju.
2. Murid menerangkan fungsi dan corak pada origami baju yang dihasilkan.
3. Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.

Hasil kerja murid.

video oligami

video 1

Thursday, 17 November 2011

Seni Lukis Gubahan Kertas

Pada hari yang lalu, saya telah mengajar murid tahun 6 untuk menghasilkan beberapa jenis gubahan kertas. Rasanya murid-murid amat berminat dan boleh mengikut panduan yang saya berikan dengan menghasilkan pelbagai bentuk gubahan kertas. Antaranya:

bahan-bahan yang diperlukan

panduan, kertas A4 berwarna


  1. burung nuri


hasil kerja murid

2. bunga seri pagi
 



3. penguin



4. sea dog



5. helang


6. crane



7. swan





8. baju sejuk



suasana bilik darjah ketika murid-murid sedang membuat gubahan kertas

murid ini menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan seekor anjing