Wednesday 2 November 2011

Unit 5    : Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia.

Nota Unit
 Perkembangan pendidikan di Malaysia ( 5 fasa )
i)        Zaman Pramerdeka ( sebelum 1957 )
ii)       Zaman Pasca Merdeka ( 1957-1970 )
iii)     Zaman Dasar Ekonomi Baru ( 1971-1990 )
iv)     Zaman dasar Pembangunan Negara ( 1991- 2000 )
v)      Zaman Dasar Wawasan Negara ( 2001-2020)

- Zaman Peamerdeka - di bawah perintah Inggeris
- mewujudkan institusi pendidikan vernakular Melayu, Cina dan Tamil.
- Sekolah Inggeris sahaja yang mengumpulkan pelajar daripada pelbagai kaum.
-kurikulum, bahasa pengantar dan buku-buku digunakan berasaskan keperluan masing-masing.
- Selepas Perang Dunia Kedua, pembinaan semula sistem pendidikan negara.
- Beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji system persekolahan iaitu:
a) Laporan Barnes (1951) – menyemak kedudukan pendidikan orang Melayu
b) Laporan Fenn-Wu (1951) – melayan tuntutan kaum Cina yang merasakan penggunaan
bahasa ibunda mereka tergugat
c) Ordinan Pelajaran (1952) – 2 jenis bahasa pengantar ( bahasa Melayu dan bahasa Inggeris )
d) Laporan Razak (1956) – bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta penggunaan
kurikulum, sukatan dan peperiksaan yang sama bagi semua
pelajar.
-         Penyata Rahman Talib 1960
~ mengkaji semula syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Razak iaitu:
a)      pelajaran percuma kepada semua kanak-kanak
b)      penggunaan satu bahasa rasmi dalam peperiksaan 
c)      umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun.
d)      Pelajaran agama Islam perlu diajar jika murid tidak kurang daripada 15 orang.
~ asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961

Rancangan pembangunan negara ( rancangan Malaysia – RM )
1)      Rancangan Malaysia 1 ( 1966 – 1970 ) – RMK1
-         memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan
-         memperbaiki taraf pendidikan
-         penyediaan kemudahan pendidikan
-         memperluaskan peluang pendidikan
-         mempelbagaikan latihan pendidikan
2)      Rancangan Malaysia 2 ( 1971 – 1975 ) – RMK2
-         di bawah dasar Ekonomi Baru
-         sasaran : a) sistem pendidikan sebagai pemupuk perpaduan kebangsaan
b) menyediakan peluang pendidikan dan latihan kea rah penglahiran tenaga
rakyat bagi keperluan negara.
c) orientasikan pendidikan ke arah masyarakat maju berasaskan sains dan
teknologi.
3) Rancangan Malaysia 3 ( 1976 – 1980 ) – RMK3
- pemupukan perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama.
- usaha menanamkan nilai kebangsaan
- penekanan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi
4) Rancangan Malaysia 4 ( 1981 – 1985 ) – RMK4
- pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan
- menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan negara
- Bahasa Malaysia bahasa pengantar ( Semenanjung Malaysia, Sabah - 1982, Sarawak –
1990 )
5) Rancangan Malaysia 5 ( 1986 – 1990 ) – RMK5
-  pendidikan : pemupukan perpaduan, mengutamakan penglahiran individu yang
berpengetahuan, terlatih dan mahir.
-         pembentukan Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta
Universiti dan Kolej Universiti ( Pindaan 1996 ), Akta Perbadanan tabung Pendidikan
Tinggi Negara ( Pindaan 2000).
-Perubahan pendidikan : Perkembangan ICT, penubuhan sekolah bestari 1999, kolej
matrikulasi, kolej komuniti, Universiti Pendidikan Sultan Idris, menaik taraf Sekolah
Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik
6) Rancangan Malaysia 6 ( 1991 – 1996 ) – RMK6
- Dasar Ekonomi Baru tamat, namun usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih diteruskan.
- Mutu pendidikan dan latihan ditingkatkan
- melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, bermoral dan nilai etika yang tinggi.
7) Rancangan Malaysia 7 ( 1996– 2000 ) – RMK7
- memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan dan latihan
- meningkatkan peluang pendidikan di luar bandar
8) Rancangan Malaysia 8 ( 2001– 2005 ) – RMK8
- membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsive
- pengajaran nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dan terkandung dalam kurikulum,
menambah peluang memperoleh pengetahuan, meningkatkan kefasihan dan kemahiran
bahasa Inggeris
9) Rancangan Malaysia 9 ( 2006– 2010 ) – RMK9
- membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan
- mengutamakan misi Nasional ~ menambahbaik system pendidikan, meningkatkan inovasi,
memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh
10) Rancangan Malaysia 10 ( 2011– 2015) – RMK10
- mengambil langkah holistic ~ memperkukuh system pendidikan dan latihan.
- menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
- memastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
-         memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira
lokasi, kaum ataupun daripada kelompok kurang upaya, orang asli dan suku minoriti lain.
-         memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang
-         menguasai 3M

6 Teras Strategik PIPP
i)  membina negara bangsa
ii) membangunkan modal insane
iii) memperkasakan sekolah kebangsaan
iv) merapatkan jurang pendidikan
vi)     memartabatkan profesion keguruan
vii)   melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan  


5 konsep dalam unit ini
a) Perkembangan pendidikan di Malaysia
b) Penyata, Ordinan, Laporan dan Akta Pendidikan
c) Rancangan pembangunan pendidikan menerusi Rancangan Malaysia (RM)
d) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
e) 6 teras strategik PIPP

No comments:

Post a Comment