Unit 6 Kurikulum sebagai wahana menterjemah FPK.
A Konsep dan Pengertian Kurikulum
1)Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya.
2) Ia merupakan jurusan/program/aliran pengajian yang diikuti.
3) Merupakan satu ruang tempat dimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
B Skop dan Kategori Kurikulum
1) Kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut:
-Rancangan pendidikan
-Mengandungi matlamat dan objektif
-Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran
-Menentukan kaedah dan aktiviti
-Menentukan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif.
C Jenis Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
1) Kurikulum Formal
-Kurikulum yang tersurat.
-Boleh dilihat, tersedia, terancang dan berurutan.
-Berfokus kepada matlamat, objektif, subject matter, struktur/susunan pengajaran.
-Jenis kurikulum formal yang terdapat di Malaysia:
a Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan
b Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
c Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
d Kurikulum Pendidikan Khas
2) Kurikulum Tidak Formal
-Melibatkan human variable yang tidak dapat dikawal/dirancang.
-Melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara pelajar dan guru, yang melibatkan perasaan,sikap dan tingkah laku.
-Jenis Kurikulum tidak formal:
a Ko-kurikulum
-berlaku diluar kuliah, bertujuan membentuk personality dan sahsiah pelajar
b Kurikulum Tersembunyi
-Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis.
-Ia adalah himpunan pengalaman tambahan pelajar yang wujud dan dialami serentak dengan kurikulum yang sedang diajar.
-contoh-contoh Kurikulum Tersembunyi:
a Kehidupan di institusi
b Kaedah menetapkan peraturan dan norma institusi
c Proses-proses sosialisasi, integrasi dan pembudayaan
d Agenda tersembunyi
e Pengetahuan atau kemahiran incidental
-Pengaruh kurikulum tersembunyi mudah difahami dengan melihat bagaimana personality kanak-kanak terbentuk.
-Minat dan kesungguhan pendidik, kualiti dan budaya akademik di jabatan, nilai dan pendirian terhadap ilmu turut mencorakkan kurikulum yang dibina/dilaksanakan.
-Kurikulum tersembunyi boleh digunakan sebagai 1 komponen tambahan sambil melaksanakan kurikulum biasa.
D Mengapa Malaysia Menggunakan Kurikulum Kebangsaan
1)Kurikulum Kebangsaan mempunyai sifat-sifat seperti keadilan, keseragaman, perancangan, pengurusan, pemantauan dan peruntukan.
2) Kurikulum Kebangsaan merupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sila rujuk modul page 91=nota minda yang ringkas dan padat.
F Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kea rah Menterjemah FPK.
1)KSSR diharapkan berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020.
2) Generasi yang dibina bukan sahaja maju dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh jati dirinya.
3) Sistem pentaksiran merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistic.
4) Pentaksiran yang lebih komprehensif ini diharapkan dapat mengukur secara lebih tepat dalam usaha mengenalpasti pencapaian sebenar seseorang murid dari segi JERI ketika di bangku sekolah.
5) KPM sentiasa proakif bagi memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK.
6) Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan P&P dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.
7) KPM mengharapkan menerusi pelaksanaan KSSR, mampu memperbaharui kurikulum sedia ada serta memastikan ia relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
8) KSSR berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi sebagaimana yang dimatlamatkan di dalam FPK.
No comments:
Post a Comment