Thursday 10 November 2011

Unit 10 : Akta Pendidikan 1996
1)      Asas pembentukan Akta Pendidikan 1996.
-         Rusuhan kaum dalam tahun 1969 merupakan pencetus kepada perubahan pentadbiran Negara yang mengutamakan peningkatan taraf hidup seluruh masyarakat Malaysia.
-         Dasar Ekonomi Baru telah digubal untuk menjadi acuan merombak dan merencana pentadbiran Negara.
-         Penyata Razak 1956 menjadi asas kepada penggubalan Ordian Pelajaran 1957.
-         Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah memungkinkan pembentukan Akta Pelajaran 1961.
-         Akta Pelajaran 1961 menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama diikuti oleh semua pelajar.
-         Program Pendidikan Negara telah dirancang untuk menjadi kunci kepada penyelesai pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat dan memantapkan perpaduan negara.
-         Dasar Pembangunan Negara mensasarkan pembangunan sistem pendidikan di Malaysia untuk mencapai taraf dunia.
-         Falsafah Pendidikan Kebangsaan memantapkan sistem pendidikan negara dan melahirkan masyarakat yang berilmu serta mengangkat nilai-nilai murni, moral dan akhlak mendasari segala aspek pendidikan negara.

Implikasi Akta Pendidikan 1996:
a)      Pra sekolah
-         Pada tahun 2003, kurikulum pra sekolah kebangsaan telah diperkenalkan untuk memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua pra sekolah KPM dan swasta.
-         Strategi yang digunakan ialah memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini dengan baik.
-         KPM menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah.
-         KPM juga memulakan langkah dengan memberi kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan.

b)  Pendidikan Rendah
-  Akta Pendidikan 1996 memperuntukan pendidikan wajib kepada semua  
   kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 6 tahun.
-         KPM memastikan kadar penyertaan murid dengan:
i)                    mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan.
ii)                   Mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah.
iii)                 Meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak.
iv)                 Melaksanakan pendidikan wajib dari tahun 1-6.



c) Peruntukan kuasa Menteri Pelajaran
- Akta Pendidikan 1996 memperuntukan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran, Antaranya :
i) Pentadbiran
ii) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
iii) Sistem pendidikan kebangsaan
v)                  penilaian dan peperiksaan
vi)                 pendidikan tinggi
vii)               institusi pendidikan swasta
viii)              pendaftaran institusi pendidikan
ix)                 pendaftaran guru
x)                  Jemaah Nasir sekolah
xi)                 Kewangan
xii)               Rayuan
xiii)              Peraturan-peraturan
xiv)             Pelbagai
xv)               Peralihan dan pemansuhan

Rumusan:
Akta Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang sentiasa dinamik.


Konsep
Penjelasan
1. perpaduan kaum
- Bahasa Melayu menjadikan Bahasa pengantar utama dalam peringkat pendidikan.
- penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama.
2.pembasmian kemiskinan
- pendidikan negara menjadi kunci penyelesaian pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat.
3.pendidikan rendah
-Wajib kepada semua kanak-kanak warganeraga yang berumur 6 tahun .
-melaksanakan pendidikan wajib dari tahun 1 – tahun 6.
4.peruntukan kuasa menteri pelajaran
-menteri pelajaran diperuntukan kuasa yang cukup besar
5. pembasmian kemiskinan
-pendidikan negara menjadi kunci penyelesaian pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat



No comments:

Post a Comment