Sebut saja raya, mesti orang akan terfikir pasal juadah-juadah hari raya... ketupat... rendang... dan macam-macam. Tapi, tahukah anda? tidak ramai muda mudi zaman sekarang yang boleh menganyam ketupat. Sebenarnya, menganyam ketupat amatlah mudah, jadi kali ini akan mengajar secara ringkas bagaimana cara-cara menganyam ketupat.
Langkah 1: Sediakan daun kelapa
Langkah 2: Buang lidi pada daun kelapa
Langkah 3: Selepas lidi dibuang, jadilah 2 helai daun seperti gambar di bawah
Langkah 4: Lilit 1 bahagian daun daun kelapa di tangan kanan ( kiri pun boleh ) sebagai 4 kali lilit
Langkah 5: Lilit 1 bahagian daun kelapa di tangan kiri ( kanan jika yang awal tadi guna tangan kiri) sebanyak 4 kali
Langkah 6: Pastikan lilitam pada tangan kiri dengan tangan kanan adalah berlawanan arah ( contoh: hujung yang besar pada tangan kanan dibawah, hujung yang besar pada tangan kiri di atas )
Langkah 7: Pegang hujung lilitan pada tangan kanan dan tangan kiri dengan erat dan saling masukkan daun lilitan itu dan teruskan pada lilitan seterusnya seperti menganyam tikar
Langkah 8: Teruskan anyaman pada lilitan yang seterusnya
Langkah 9: Teruskan anyaman pada lilitan yang seterusnya ( pada tangan kanan dan tangan kiri )
Langkah 10: Teruskan anyaman sehingga lilitan yang ke-4 ( rujuk gambar di bawah )
Langkah 11: Apabila siap anyaman untuk lilitan, anda akan mendapati bahawa hujung yang kecil bertembung dan hujung yang besar berada pada bucu yang berlawanan
Langkah 12: Tarikan hujung kecil keluar dan gantikan hujung yang kecil dengan hujung yang besar ( anyaman seperti anyaman tikar )
Langkah 13: Terukan anyaman pada hujung yang besar bucu yang satu lagi
Langkah 14: Hujung yang besar bertemu dan hujung yang kecil berada pada bucu yang berlawanan
Langkah 15: Anyam hujung yang kecil kearah bucu yang berlawanan dengan bucu hujung yang besar
Langkah 16: Kemaskan ia supaya kelihatan lebih kemas dan tidak bocor apabila beras di masukkan
Langkah 17: Jadilah kelongsong ketupat
Langkah - langkah memasukkan beras ke dalam ketupat
Langkah 1: Masukkan hujung yang besar ke dalam kelongsong ketupat
Langkah 2: Jadilah bemtuk seperti di bawah
Langkah 3: Pada hujung yang kecil, bukakan sebelah hujung supaya kelihatan lubang seperti gambar di tunjukkan. Kemudian, masukkan beras sebanyak 1 per 3 kelongsong ketupat
Langkah 4: Selepas masukkan beras, ikat kedua-dua hujung yang kecil
Siaplah ketupat nasi untuk dimakan pada hari raya.
No comments:
Post a Comment